Aku kalau lalu video atau tulisan tentang orang bisnes tengah struggle, kuasa membeli dah kurang, bisnes banyak tutup, semua orang tengah susah, aku scroll je tak baca, dan tak tengok pun.
Content sedemikian baca sekali dua cukup untuk ilmu dan kesedaran.
Kalau setiap hari duk baca ia boleh bagi kesan negatif pada minda kita.
Korang bayangkan apa jadi kalau setiap hari kita suap otak kita dengan gagal, susah, struggle? Rasanya otak kita boleh positif dan berkembang tak? Boleh anxiety, boleh stress, boleh murung tau.
Sepatutnya kita kena perbaiki strategi bisnes, kaji, ubah balik mana yang kurang sesuai atau buat exit plan.
Tapi kalau asyik duk suap dengan benda negatif, kita akan jadi risau tak tentu pasal, dan akan membantutkan otak kita untuk berfikir serta bertindak mencari jalan.
Kena ingat apa yang kita suap dalam minda kita, itulah yang akan mempengaruhi tindakan kita.
Hal ekonomi teruk ni bukan tahun ni je kita dengar. Setiap tahun pasti ada yang terkesan dengan keadaan ekonomi negara atau global. Tapi bukan semua orang terkesan, bukan semua orang berjimat, dan masih ramai yang ada kuasa beli yang tinggi.
Memang tak dinafikan ekonomi negara agak keras sikit sekarang ni, tapi kalau asyik baca berita macam tu setiap masa tak membantu apa-apa pun.
Kalau korang melayan korang akan tewas. Ada orang dia tak peduli pun semua tu, selagi dia hidup, selagi dunia belum kiamat, dia tetap fokus ke depan dan terus berusaha. Percaya pada diri okay!
Jalan A gagal, jalan B C D hingga Z masih ada. Jangan asyik pandang pada yang gagal sahaja, sebaliknya pandang juga pada yang berjaya.
Korang kalau nak jadi usahawan atau nak berniaga, please pupuk diri untuk ada GROWTH MINDSET. Banyakkan membaca dan buang FIX MINDSET jauh jauhhh!