Berpada-pada Apabila Berkongsi


Lalu satu video di TT yang meminta media padam cerita tentang dia kerana mengaibkan, sedangkan cerita itu datang dari perkongsian tuan badan sendiri di media sosial.

Empunya cerita pun masih membiarkan posting yang dikatakan aib itu di akaunnya. Tak tau la sayang nak padam ke apa sebab views tinggi. Sebagai warga remaja purba, aku tak mampu nak hadam perkara ini.

Dalam kita galak bermain di laman media sosial, berhati-hatilah. Tidak semua perkara kita perlu kongsi seratus peratus, luar dan dalam tak ada sorok-sorok.



Apabila kita terlampau nak tunjuk semua perkara, banyaklah juga aib yang akan terkeluar.

Kita ingatkan ramai orang suka, sebab orang asyik menunggu nak tahu kisah kehidupan kita.

Rupanya ramai yang mengambil kesempatan dengan menunggang isu tersebut untuk kepentingan peribadi dan bisnes mereka. Ada juga yang bertepuk tangan dan menjadi batu api.

Yang menanggung akibat adalah diri sendiri, sebab banyak keburukan berbanding kebaikan apabila kita terlalu mendedahkan hal peribadi kepada umum. Mungkin la sekarang tak ada rasa malu, tapi akan datang?

Aku tak kata langsung tak boleh, cuma berpada-pada, letak batasan. Sebelum buat apa-apa fikir dulu dia punya pro and cons supaya apa yang kita buat itu tidak makan diri kita balik.

Nota kaki: Jangan biarkan emosi mendahului akal.