Hidup Bukan Perlumbaan, Setiap Orang Ada Masanya


Pernah tak rasa macam kenapa hidup orang lain nampak laju, tapi kita masih terkontang-kanting?

Kadang-kadang kita rasa kecil bila tengok orang lain dah jauh ke depan.

Mereka dah ada pencapaian itu, kejayaan ini, sedangkan kita masih tercari-cari arah.


Tapi sebenarnya, kita tak patut bandingkan bab pertama hidup kita dengan bab terakhir hidup orang lain.

Kita mungkin baru mula menulis cerita, sedangkan mereka dah sampai ke halaman penutup.

Jalan hidup kita tak sama, cerita kita pun berbeza.


Ada yang berjaya cepat, ada yang lambat, dan ada juga yang melalui banyak persinggahan sebelum sampai ke destinasi. Ini semua normal.



Hidup ini bukan satu pertandingan siapa paling cepat sampai ke garisan penamat.

Hidup ini adalah tentang perjalanan, tentang apa yang kita belajar, siapa yang kita jumpa, bagaimana kita berubah, dan bagaimana kita bertumbuh.


Kadang-kadang perjalanan kita perlahan kerana Allah sedang sediakan sesuatu yang lebih baik.

Kadang-kadang juga kita diuji dengan jalan yang berliku kerana kita perlu belajar sesuatu sebelum sampai ke destinasi.

Apa pun, setiap orang ada timeline masing-masing.


Jadi, jangan rasa ketinggalan hanya kerana orang lain kelihatan lebih jauh.

Slow progress is still progress. Yang penting kita teruskan melangkah.

Ingat, tak kira berapa lambat, kita tetap bergerak ke depan.


Jangan give up, okay! Perjalanan kita semua berharga.

Dan satu hari nanti, bila kita toleh ke belakang, kita akan tersenyum sebab kita pernah bertahan di saat hampir berputus asa.