22 January 2019

9 Manfaat Membaca Secara Konsisten


Dalam posting 2019 Reading Challenge semalam saya ada bagitahu nak update tentang manfaat membaca, termasuk kesannya ke atas psikologi manusia. Inilah antara sebab kenapa kita mesti membaca secara konsisten.


1. Merangsang otak. Boleh melambatkan risiko atau mengelakkan dari berlakunya Alzheimer dan Dementia. 

2. Mengurangkan stress, iaitu dengan mengalih segala masalah yang berkecamuk dalam kepala dengan membaca. Sebab fokus kita bukan lagi kepada masalah, tapi kepada topik yang sedang kita baca.

3. Meningkatkan ilmu pengetahuan. Okay ini semua orang tahu, makin banyak membaca, makin tinggi ilmu pengetahuan yang akan kita dapat.

4. Mengembangkan perbendaharaan kata. Makin banyak membaca, makin banyak perkataan yang kita jumpa atau kenal. Jadi ia membantu kita untuk memilih perkataan yang tepat dalam menulis dan bercakap.

5. Memperbaiki ingatan. Apabila membaca tentu kita cuba mengingat mana-mana ayat, karakter atau peristiwa yang menarik. Ini dapat membantu kita dalam memiliki daya ingatan yang kuat.

6. Meningkatkan kemahiran berfikir secara analitik. Mereka yang mempunyai kemahiran ini dapat menyelesaikan masalah secara cepat dan efektif. 

7. Memperbaiki daya tumpuan. Sebabnya apabila membaca kita belajar untuk fokus kepada topik atau jalan cerita tersebut. Secara tidak langsung ia dapat melatih daya tumpuan.

8. Menulis dengan lebih baik. Ini berkaitan dengan point nombor 4. Penulisan orang yang suka membaca sedap dibaca, tersusun, dan senang difahami. Sebab mereka tahu untuk memilih perkataan yang tepat untuk sesuatu ayat.

9. Mendapatkan ketenangan. Contohnya dengan membaca buku-buku agama dan motivasi. Ada nilai di situ yang kita boleh ambil dan praktikkan untuk ketenangan hidup.

Okay gaisss itu sahaja. Penerangan yang ringkas dan padat. Untuk penerangan secara detail setiap satu point kemudian ya, terutamanya bab otak, memori, tumpuan, kemahiran berfikir dan menganalisis maklumat. 


FOLLOW saya untuk belajar ilmu psikologi supaya kita lebih memahami diri sendiri dan orang lain.

21 January 2019

2019 Reading Challenge


Aku bukan ulat buku tapi aku suka membaca. Kalau nak tau apa-apa, pertama sekali aku akan cari bahan bacaan. Kemudian baru rujuk guru supaya lebih faham. Sebab aku tak suka mengadap guru dalam keadaan kosong. Nanti terkebil-kebil mata nak tangkap apa benda yang dicakap.

Dua hari lepas tengok rak buku, masih ada buku yang belum habis dibaca, yang belum disentuh pun ada tau haha. Iya aku suka membeli buku, sampai tak terkejar nak habiskan. Macam membazir pula dan membazir itu saudara saitonnnnn. 😂

Memandangkan sekarang ni sedang berehat sementara dari mengajar, dah tak payah nak mengadap buku-buku akademik yang tebal 40 inci, termasuk artikel dan jurnal yang panjang macam keretapi tu. 

Tiba-tiba tinggg datang idea nak buat 2019 Reading Challenge. Nak habiskan baca semua buku di rak tu termasuklah buku-buku yang sudah dibaca. Ambik kauuu, yang sudah dibaca pun nak baca balik. Bukan terlebih rajin, saje nak revise sebab ilmu pengetahuan itu perlu disiram supaya tak mati.

Membaca bukan setakat dapat menambah ilmu pengetahuan, ia lebih dari itu. Esok insya Allah aku kongsikan apa manfaat membaca termasuklah ke atas psikologi manusia.

Kalau uols dah tahu manfaatnya nanti, confirm setiap hari nak membaca. Stay tuned gais!

#MissNick
Bukan Ulat Buku, Ulat Bulu Pun Bukan

16 January 2019

5 Manfaat Berjalan Kaki Pada Waktu Pagi


Setelah berminggu badan terasa cepat letih dan lemau disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. Ya lah makan tak jaga, main bantai saje apa yang nampak depan mata. Bersenam pun tidak.

Orang bisnes tak boleh lemah lemau lembik gemalai weiii, kang duit pun terhegeh-hegeh nak datang. Orang bisnes mesti sihat mental dan fizikal, cerdas dan cergas. Jadi sempena tahun baru ini marilah kita kembali kepada gaya hidup sihat, yang sudah dua tiga bulan daku abaikan. Kihkih. 😂

Pagi ni mula dengan morning walk dulu di sekitar kawasan rumah. Kita bagi longgar dulu segala sendi yang sudah berkarat disebabkan kurang bergerak. Lagi seminggu dua baru boleh naik pangkat pergi ke gym pula.

Morning walk adalah antara aktiviti yang saya suka buat. Tak penat tapi berpeluh dan rasa segar. Apa yang best tentang morning walk? Meh sini nak kongsi sikit.

1. Dapat memberi tenaga sepanjang hari. Sebab pagi-pagi lagi kita sudah aktifkan sistem badan supaya bersedia sebaiknya untuk menghadapi hari tersebut.

2. Dapat mengelak dari sikap bertangguh untuk memulakan rutin atau habit yang sihat. Kalau buat pada waktu petang mungkin kita akan tangguh sebab sibuk dengan kerja atau penat. Jadi sebelum buat kerja lain, pergi morning walk dulu. Settle!

3. Dapat mencipta mindset yang positif. Bersenam pada waktu dianggap sebagai satu kejayaan kecil dan memberikan kita semangat dalam melakukan kerja-kerja yang seterusnya.

4. Membantu mengurangkan berat badan. Okay yang ini saya suka!

5. Dapat menjaga kesihatan terutamanya kesihatan jantung.

Okay itu sahaja. Ada lagi sebenarnya, tapi tak nak taip panjang-panjang. Takut jadi novel aje. Ya lah baru lepas morning walk kensss, bersemangat, rajin, idea pun mencurah katanya. Semoga istiqomah ke arah misi cantik, awet muda, sihat dan kuat mental serta fizikal. Gituuuu.



12 January 2019

The Power of Knowledge


Wang, kuasa, cinta, dan harta benda boleh datang dan pergi dalam hidup kita. Hanya satu yang menjadi bekalan untuk kehidupan di dunia dan akhirat, iaitu ilmu pengetahuan. 

Ilmu adalah rezeki. Melalui ilmu dapat menjadikan sesuatu kerja itu sedikit mudah dan ringan berbanding jika tak ada ilmu. Allah juga memberikan ganjaran pahala untuk mereka yang berusaha mencari ilmu.

Ilmu perlu dipelajari sepanjang hayat. Tak semestinya kena belajar sampai tahap PhD untuk jadi orang yang berilmu. 

Kenapa ilmu pengetahuan itu penting?

1. Memberi kebebasan. Apabila ada ilmu kita tidak bergantung sepenuhnya kepada orang lain dalam melakukan sesuatu kerja atau membuat keputusan.

2. Penghormatan. Orang yang berilmu lebih dihormati kerana mereka membantu orang lain dalam membangunkan kehidupan. Juga menjadi tempat rujukan dalam sesuatu perkara.

3. Penghargaan kendiri. Ilmu dapat menjadikan kita seorang yang berkeyakinan dalam melakukan sesuatu perkara. Jika ada masalah, kita mudah mencari jalan penyelesaian.

4. Menjadikan diri kita lebih positif, bermotivasi, komited, dan berdikari.

5. Menjadikan diri lebih bermoral atau beretika. Contohnya, apabila kita ada pengetahuan tentang konsep sedekah. Kita akan jadi lebih seronok untuk beramal dan membantu mereka yang lebih memerlukan.

Belajarlah setinggi mana pun, belajarlah ilmu apapun asalkan yang baik-baik dan bermanfaat. Ilmu dan akhlak perlu seiring, itu lebih baik.


01 January 2019

Kenapa Pentingnya To Do List Dalam Urusan Harian Kita


Sebagai manusia yang banyak benda nak kena fikir dalam kepala, saya wajib buat to do list dalam urusan harian. Kalau tidak, hurmmm habis ke Laut China Selatan perginya. Ada sahaja kerja yang, ehhh ini belum siap, ehhh ini lupa nak buat.

To do list ini bukan setakat untuk pastikan kerja kita dapat disiapkan pada hari tersebut. Tujuannya lebih dari itu. Sila tunggu dan jangan lari. Baca sampai habis ya hehe.

1. Susun Atur Tugas Dengan Lebih Baik

Dapat membantu kita menguruskan banyak perkara dengan teratur dan dalam keadaan yang selesa. 

Kita dapat lihat dengan lebih jelas mana tugas yang sudah dan belum diselesaikan. Seterusnya bantu kita untuk lebih fokus.

Setiap kali selesai setiap satu tugasan, akan ada satu perasaan yang buat kita bahagia, dan merangsang diri untuk terus bergerak menyelesaikan tugasan yang seterusnya.

2. Menguatkan Ingatan

To do list berfungsi sebagai alat bantuan ingatan. Sebabnya kita tak mampu nak mengingat semua perkara dalam satu masa. 

Manusia ni ada short-term memory (ingatan jangka pendek). Awalnya sudah tahu apa nak buat, setengah jam kemudian boleh pula terlupa. Jadi cek balik to do list.

3. Meningkatkan Produktiviti

Dengan membuat senarai tugasan, kita dapat melihat dengan jelas mana tugas penting yang perlu diberi keutamaan dan yang kurang penting. Jadi susun satu persatu. Buat dulu tugas yang paling penting, kedua penting, dan seterusnya sampai siap.

Jadi masa kita tidak terbuang dengan kerja-kerja yang remeh atau tidak penting. Contohnya scroll facebook dua tiga jam tanpa tujuan.

Fokus fokus fokus. Letak tepi dulu handphone. Letak tepi dulu kawan yang ajak membawang. Kalau kerja tak siap kita yang menanggung akibatnya.

4. Memberi motivasi

To do list adalah alat motivasi. Macam mana tu?

Sebelum itu nak bagitahu, motivasi bukan memberi nasihat ya. Ramai yang salah faham dengan maksud motivasi. Motivasi berasal dari perkataan motive and action. Apa matlamat dan apa tindakannya.

Motivasi membantu kita untuk bergerak. Katakan kita ada matlamat yang hendak dicapai. Untuk capai perlu ada usaha dan tindakan. Jadi tulis dalam to do list setiap hari apa tugasan (tindakan) yang perlu dibuat untuk capai matlamat tersebut.


Jadi apa tunggu lagi. Senaraikan tugasan yang perlu dibuat hari ini juga. Cepat-cepat jangan lambat-lambat ahaaa. Cuba praktis, memang seronok sebab ia dapat mengurangkan tekanan terutamanya waktu hari sibuk mengalahkan Perdana Menteri. Hidup lebih terurus dan masa tidak terbuang begitu sahaja.